6 ‘spot’ paling ohsem untuk tonton persembahan bunga api 2019

6 ‘spot’ paling ohsem untuk tonton persembahan bunga api 2019

FMT Ohsem senaraikan 6 lokasi yang menawarkan pemandangan persembahan bunga api berlatarbelakangkan bandar raya Kuala Lumpur dalam suasana yang lebih tenang.

Kurang 3 hari sahaja lagi untuk tahun 2018 melabuh tirai.

Sekiranya anda dan keluarga memilih untuk meraikan ambang 2019 dengan menyaksikan pertunjukan bunga api, senarai ini akan membantu anda.

FMT Ohsem senaraikan 6 lokasi yang menawarkan pemandangan persembahan bunga api berlatarbelakangkan bandar raya Kuala Lumpur dalam suasana yang lebih tenang.

1. Changkat Semantan

Tempat ini jauh sedikit dari kotaraya. Pemandangan bunga api dari KLCC dan Dataran Merdeka agak jauh tetapi ia menawarkan pemandangan yang menarik tanpa perlu bersesak-sesak. Anda boleh lihat pemandangan ‘ariel’ yang pasti akan memberikan suasana lebih indah.

Peringatan pada ibu bapa yang punya anak kecil, berhati-berhati ketika melintas jalan.

2. Jalan Bukit Pantai

Kalau anda biasa dengan jalan lama di Bangsar, pasti anda pernah melalui jalan di kawasan perumahan yang memaparkan pemandangan seluruh Kuala Lumpur . Di sana anda boleh berhenti di beberapa lorong yang mempunyai ‘spot’ cantik untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Ingat, anda sama sekali dilarang menyusahkan penduduk taman perumahan. Jangan meletakkan kereta secara sembarangan. Cuba untuk tidak parkir berganda.

Letak kereta anda di Pantai Towers dan jalan sedikit ke ‘spot’ tersebut sebelum jam 12 tengah malam.

3. Bukit Ampang

Kawasan ini adalah salah lagi lokasi pilihan untuk anda menyambut tahun baru jika anda ingin melihat persembahan bunga api terutamanya dari arah KLCC. Kalau sanggup, pandu lagi naik ke atas.

4. Jalan Taman Saga, Ampang

Anda tidak perlu mendaki Bukit Saga untuk melihat pemandangan bunga api berlatarbelakangkan Kuala Lumpur. Pada malam tahun baru, singgah sahaja ke gerai di Jalan Taman Saga untuk menikmati teh tarik bersama keluarga sambil menikmati percikan bunga api yang menghiasi langit malam.

Walaupun tidak nampak keseluruhan pemandangan di KL, namun kawasan ini tidaklah terlalu sesak.

5. Bukit Permai, Cheras

Bukit Permai atau nama jolokannya ‘Little Genting’ tentu akan memberi pengalaman yang mengasyikkan. Ini kerana ia menampakkan keseluruhan bandar Kuala Lumpur!

Pada malam tahun baru, penduduk di sekitar akan berkumpul menyaksikan bunga api bersama pengunjung. Jangan terkejut kalau mereka mengenakan baju tidur.

Jika anda bawa anak kecil, berhati-hati ketika mengambil gambar berlatarbelakangkan KLCC, dikhuatiri anda leka hingga tidak menjaga keselamatan diri dan anak.

6. Bukit Tunku

Bukit Tunku adalah kawasan perumahan bagi golongan elit terletak di atas bukit. Anda juga boleh memandu ke lokasi ini untuk melihat persembahan bunga api.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.