
Langkah mengurangkan kos pekerja akan dilihat dalam semua sektor ekonomi, menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

“Prospek untuk diambil bekerja akan menjadi semakin mencabar,” kata pengarah eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan kepada FMT.
Beliau berkata, kebanyakan majikan akan cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan pekerja sedia ada dan mengambil tindakan membuang pekerja hanya dalam keadaan paling buruk. Peningkatan automasi akan menjadi salah satu punca keadaan tersebut tambah beliau.
“Nasihat saya kepada pencari kerja baru ialah tidak terlalu memilih dan terima tawaran walaupun gajinya rendah,” katanya. “Mereka perlu cuba mendapatkan kerja dan memperoleh pengalaman bekerja sehingga keadaan ekonomi bertambah baik.”
Beliau berkata, syarikat berhadapan tambahan kos pekerja berikutan keputusan kerajaan menaikkan gaji minimum dan memasukkan pekerja asing ke bawah perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso).
Angka tahunan golongan beliau memasuki pasaran kerja ialah antara 450,00 ke 500,00 dalam beberapa tahun lepas dan Shamsuddin menjangka angka yang lebih kurang sama pada tahun depan.
Beliau memberi contoh peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang dijangka berkurang berikutan jangkaan kemerosotan jumlah pelancong China yang memasuki negara.
Shamsuddin juga bercakap tentang industri minyak sawit dengan berkata, ia kini sangat muram. Kos untuk menghasilkan satu tan buah sawit kini mencecah RM1,800 tetapi harga pasaran hanyalah RM1,700.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, lebih 21,000 orang hilang pekerjaan tahun ini, dan separuh daripada mereka di Selangor dan Kuala Lumpur.
Katanya, 25% mereka merupakan pemegang diploma dan ijazah yang memperoleh gaji tinggi sebagai pengurus, juruteknik dan profesional lain.