Kumpulan ke pejabat PM, desak Waytha dipecat

Kumpulan ke pejabat PM, desak Waytha dipecat

Kumpulan mewakili lebih 300 pertubuhan itu juga mahu Kulasegaran dibuang.

PUTRAJAYA: Sekumpulan wakil sebuah badan yang menjadi payung kepada lebih 300 pertubuhan hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta beliau memecat menteri yang ditugaskan menjaga perpaduan, P Waytha Moorthy.

Kumpulan daripada Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu menyalahkan Waytha atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 2 minggu selepas dilapor dipukul perusuh ketika tunjuk perasaan di luar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, pada 27 Nov lalu.

Mereka juga mendesak Dr Mahathir memecat Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, seorang daripada beberpa menteri yang bersama Waytha menuduh polis tidak bertindak pantas untuk menghalang serangan ke atas kuil tersebut.

“Kami minta perdana menteri bisik kepada Menteri Besar Selangor (Aminudin Shari) memecat (exco) V Ganabatirau,” kata pengerusi mereka, Aminuddin Yahya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di Masjid Putra, di sini.

Kira-kira 200 orang kemudian berarak ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abu Bakar Yahya.

Ummah berkata, Waytha, Kulasegaran and Ganabatirau perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa bertindak menanam kebencian dalam kalangan kaum.

Mereka juga menuntut badan bertugas Kuil Sa dalanve Seafield Sri Maha Mariamman memohon maaf kerana mendakwa Adib tidak dipukul, tetapi dilanggar jentera bomba.

Adib meninggal dunia pada 17 Disember dan polis mengkelasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh.

Di Pulau Pinang, kira-kira 100 orang mengadakan tunjuk perasaan terhadap Waytha dan mengenangi kematian Adib di luar Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak, selepas solat Jumaat hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.