
Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat pengurusan parti “sebulat suara” menyetujui serahan tugas itu hari ini, bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti sepanjang Zahid bercuti.
“Tugas-tugas timbalan presiden pula akan digalas oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku naib presiden paling kanan,” katanya dalam kenyataan.
“Keutamaan Umno sekarang adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan dan juga memfokuskan agenda pengukuhan parti,” tambahnya.
Umno berharap penyusunan semula jawatan pucuk pimpinan dapat mengukuhkan Umno seperti yang diharapkan Zahid.
Zahid semalam mengumumkan dia bercuti dari tugas-tugas presiden ketika beliau berdepan 11 pertuduhan pecah amanah, 27 pengubahan wang haram dan 8 pertuduhan rasuah, dan desakan dalam parti yang mahu beliau meletak jawatan.
“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.
“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun,” kata Zahid.