Rumah pegawai kanan SPRM terbakar angkara khianat

Rumah pegawai kanan SPRM terbakar angkara khianat

3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang serta Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 15 anggota selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.37 petang itu.

Ketika kejadian pegawai kanan SPRM tiada di rumah, manakala anak dan isterinya berada di kampung. (Gambar Jabatan Bomba Malaysia)
KUALA LUMPUR:
Sebuah rumah teres 2 tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan terbakar petang semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata 3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang serta Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 15 anggota selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.37 petang itu.

Gambar Jabatan Bomba Malaysia

Beliau ketika dihubungi berkata punca kebakaran masih lagi disiasat.

Sementara itu, menurut sumber ketika kejadian berlaku, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung.

Ketua Polis Daerah Sepang Abdul Aziz Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.