Selesa menjadi banduan, 11 wanita mahu kekal ‘berkampung’ di tembok tinggi

Selesa menjadi banduan, 11 wanita mahu kekal ‘berkampung’ di tembok tinggi

Bagi banduan wanita itu, mereka tidak merasakan tempat itu sebagai pusat hukuman sebaliknya menganggap sebagai satu pusat penjagaan yang melindungi wanita yang menyediakan pelbagai kemudahan.

Mendengar sahaja perkataan penjara, semestinya terbayang keperitaan dan hukuman yang terpaksa dilalui banduan sepanjang ‘menetap’ di tembok yang terkawal rapi berkenaan.

Namun situasi itu berbeza di sebuah penjara di Dubai apabila menerima ‘layanan’ yang sempurna menyebabkan ramai penghuninya tidak mahu keluar dan sanggup ‘berkampung’ di istana terkurung berkenaan.

Sumber gambar: sarahdea.wordpress.com

Bagi sekumpulan banduan wanita yang sedang menjalani tempoh hukuman, mereka merasakan penjara tersebut lebih sempurna dan masih mahu terus menetap di ‘perkampungan’ berkenaan walaupun tamat tempoh tahanan.

Pengarah Penjara Wanita Dubai, Kolenel Jamila Khalifa Al Zaabi berkata, sebanyak 11 wanita tidak mahu meninggalkan penjara kerana layanan dan perkhidmatan diberikan kepada banduan sangat memuaskan.

Sumber gambar: sarahdea.wordpress.com

Program di dalam penjara sebahagiannya berstruktur dan bersistematik yang bertujuan untuk memulihkan banduan selain menyediakan rawatan perubatan dan nutrisi yang seimbang .

Walaupun berada di dalam penjara, mereka bebas berhubung dengan keluarga terutama anak-anak yang memerlukan kasih sayang ibu, serta mereka boleh hidup dalam suasana aman walaupun persekitaran penjara.

Bagi tahanan tersebut, mereka tidak merasakan tempat itu sebagai pusat hukuman sebaliknya menganggap sebagai satu pusat penjagaan yang melindungi wanita.

Sumber gambar: sarahdea.wordpress.com

Sementara itu bagi seorang banduan dari negara Arab yang enggan mendedahkan nama berkata, dia menikmati kehidupan yang aman di tembok tersebut dan tidak pernah merasai sebelum ini.

Akuinya, bukan sahaja dilayan dengan baik di dalam penjara, namun turut diberikan peluang menyertai kelas kemahiran dan melakukan hobi kegemarannya seperti melukis.

Seorang lagi banduan yang hanya dikenali sebagai NK, mengakui selesa menetap di ‘istana’ dan tidak berhasrat untuk meninggalkan tempat tersebut kerana menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, tempat bersukan, bilik lukisan dan pusat rekreasi.

Mereka bebas berjalan di sekitar bangunan dan boleh memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan di penjara.

Kehidupan sebagai banduan di Dubai itu mungkin boleh diibarat seperti ruang sendiri dan menyerupai kediaman sendiri selain bebas menjalankan aktiviti yang diminati. FMT Ohsem teringin nak lihat penjara wanita di Dubai satu hari nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.