Tak yakin dengan rambut kerinting? Ikut panduan penjagaan rambut Thanuja

Tak yakin dengan rambut kerinting? Ikut panduan penjagaan rambut Thanuja

Saya tidak pernah ambil kisah kepada orang yang sering ejek kerana saya memiliki rambut kerinting yang kembang, kerana saya tahu keunikan ini hanya dimiliki orang yang tertentu sahaja seperti saya.

Memiliki rambut yang cantik memang idaman setiap individu namun ramai yang tidak tahu menguruskan sekali gus kelihatan seperti hantu.

Bagi bekas Ratu Cantik Malaysia 2009, Thanuja Ananthan memiliki rambut kerinting dan mengerbang adalah satu keunikan dan berbeza dengan individu lain.

Katanya, ramai tidak menghargai rambut yang cantik menyebabkan ‘mahkota’ tersebut kelihatan tidak terurus.

“Saya sendiri pernah diejek kerana memilik rambut yang tidak sama dengan orang lain, namun saya anggap rambut ini adalah kelebihan pada diri saya dan tiada kepada orang lain,’ katanya kepada FMT Ohsem baru-baru ini.

Wanita berkulit sawo matang itu memberitahu, pernah ditertawakan oleh rakan-rakan semasa zaman persekolahan berikutan memiliki rambut yang mengerbang dan jarang dimiliki indidvidu lain.

“Saya tidak pernah peduli dengan semua itu malah saya lebih berbangga dengan rambut yang saya miliki kerana tidak semua orang yang lahir di dunia ini memiliki rambut kerinting yang cantik seperti saya,” katanya.

Dalam temubual eksklusif bersama FMT Ohsem, Thanuja turut berkongsi beberapa panduan untuk menjaga rambut supaya sihat dan berkilat.

Tip penjagaan rambut kerinting:

1. Jangan gunakan pengering rambut

Rambut anda akan menjadi kering, kasar dan tidak subur, penggunaan alat tersebut akan memudarkan warna rambut hitam kerana haba daripada pengering rambut selain membuatkan rambut jadi lebih kering.

2. Tidak digalakkan menyikat rambut

Bagi anda yang mempunyai rambut kerinting, diingatkan supaya tidak menyikat rambut selepas mandi kerana akan meleraikan kutilan rambut dan menjadikan rambut lebih mengerbang, amalkan sikat rambut sebelum mandi untuk membuang kusut. Penggunaan sikat juga perlu diutamakan yang jenis bergigi kerana akan menghasilkan kerinting yang beralun dan lebih sihat.

3. Rambut kerinting sangat sensitif (senang kusut). Elakkan menggosok rambut terlalu kerap dengan tuala.

4. Gunakan minyak rambut kerana ia akan melembapkan dan mencantikkan rambut berbanding semburan rambut yang hanya merosakkan rambut.

5. Sekiranya mahu memotong rambut, gaya yang paling sesuai adalah gaya Long Layer bagi mengelak rambut terus mengembang namun diingatkan jangan tersalah potongan kerana akan menyerupai sarang tebuan.

6. Penggunaan bahan tradisional seperti daun kari juga amat digalakaan kerana penggunaan tersebut akan menjadikan rambut lebih berkilat dan sihat.

7. Basuh rambut tiga kali seminggu kerana rambut yang kerinting akan mengambil masa yang lama iaitu lebih 24 jam untuk kering sepenuhnya dan kelihatan cantik .

Panduan tersebut boleh membantu individu yang memiliki rambut yang sama seperti Thanuja.

Anda perlu yakin dengan rambut kerinting kerana gulungan rambut tersebut mampu menaikkan seri diri anda selain kelihatan berbeza daripada orang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.