
Ramai dalam kalangan kita hari ini ini melakukan kesilapan menguruskan kewangan terutama duit bonus, kebanyakkan kita menghabiskan duit tersebut kepada percutian dan untuk membeli belah demi memuaskan nafsu sendiri.
Sempena bayaran khas kepada 1.4 juta penjawat awam esok, beberapa panduan terbaik dalam uruskan kewangan ketika memperoleh bonus supaya duit tersebut mampu kekal lama dalam akaun kita.
- Jangan rancangan menggunakan duit tersebut untuk ke arah perkara yang merapu sekiranya disasarkan untuk membeli perkara tersebut pastinya wang tersebut ‘tidak panjang umur’ di akaun kita.
- Abaikan kewujudan bonus tersebut, sebabnya kalau sudah ditetapkan terhadap sesuatu barang, semestinya kita tidak sabar memilikinya, jadi kita akan sanggup keluarkan wang sendiri dan ‘merancang’ untuk ganti semula dengan duit bonus.
- Langkah terbaik urus wang bonus adalah pindahkan ke akaun tetap atau unit pelaburan walaupun nampak pedih buat masa ini tetapi ia tetap ‘manis’ di kemudian hari yang kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita dan keluarga.
- Anggap bonus sebagai bonus, kalau hidup ini kita menyasarkan untuk menggunakan duit bonus untuk sesuatu contohnya membeli ‘keperluan’ seperti telefon baharu yang lebih canggih maknanya kita sedang menjalani hidup di luar kemampuan…lebih baik cepat bertaubat supaya tidak merana di kemudian hari. Jadi langkah yang paling sesuai, kita bayarkan segala hutang kad kredit, walaupun tidak memberi kesan tetapi ia meringankan otak kita untuk mengurangkan beban hutang.
- Jangan guna duit bonus untuk bercuti, sebenarnya bercuti tidak perlu ‘kacau’ duit bonus sebaliknya, rancangan dengan berhemah secara bulanan menggunakan duit gaji sendiri.
- Tidak salah kalau menghulurkan wang bonus ini kepada orang tua, walaupun sedikit tetapi berkat selain sebagai tanda kita mengingati kepadanya daripada ‘berhabis’ ke tempat lain, lebih baik salurkan kepada keluarga sendiri.