
Tan Sri Mohd Yussof Latiff, 88, berkata, dengan berbuat demikian, Zahid boleh mengelak Umno daripada semakin rosak berbanding mendapatkan undian 2/3 ahli untuk beliau meletak jawatan.
Bercakap pada sidang media, beliau berkata di bawah perlembagaan Umno, persidangan khas parti boleh dipanggil oleh presiden dan ini boleh digunakan untuk adakan undi bagi menentukan kedudukannya.
“Tekanan semakin banyak,” katanya. “Oleh itu, Zahid mesti timbangkan survival parti dan lebih 3 juta ahlinya.
“Kalau dia perlu pertimbang mengambil cuti sementara atau meninggalkan parti untuk membersihkan namanya di mahkamah yang dikenakan pelbagai tuduhan terhadapnya.
“Tetapi jika dia rasa beliau ada sokongan, beliau perlu guna haknya sebagai presiden untuk adakan mesyuarat khas dalam tempoh seminggu,” katanya.
Yussof yang juga presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) berkata Umno milik ahli, bukan pemimpin.
Pemimpin diberi amanah sementara untuk memimpin,” katanya.
Di bawah Klausa 8.5 perlembagaan parti, beliau berkata perhimpunan agung khas boleh dipanggil oleh presiden atau mengikuti permintaan bertulis oleh 2/3 ahli Majlis Tertinggi atau bahagian seluruh negara.
Yussof berkata, Zahid patut mencontohi pengorbanan presiden parti terdahulu yang sedia berundur secara terhormat “apabila tiba masa berbuat demikian”.
Memetik pemimpin terdahulu seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak Hussein, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Yussof berkata Zahid perlu mengambil pengajaran bagaimana mereka meninggalkan parti apabila keadaan politik berubah.
“Ia satu perkara yang mulia (untuk meletak jawatan),” katanya. “Ia akan menjadi saat Zahid memikirkan dirinya.”
Jika Zahid enggan berundur, Yussof berkata, beliau mungkin diperlekehkan oleh Melayu yang sedih dengan perbuatan tidak sepatutnya oleh pemimpinnya.
“Kata-kata begini adalah seperti menafikan semua sumbangan yang kita beri kepada rakyat Malaysia, orang Melayu dan Islam, cuma disebabkan perbuatan beberapa pemimpin,” katanya.
“Untuk mengatakan Umno sepatutnya dibubar adalah sangat tidak berterima kasih kepada veteran seperti kami yang membina parti itu ke tahap yang ada sekarang.”
Yussof juga berkata, ramai veteran Umno bimbang parti itu dibubarkan buat kali ke-2.
Zahid, katanya, patut beri perhatian kepada kemungkinan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan Umno mengadakan pemilihan semula, atau lebih teruk, mengistiharkannya tidak sah sekiranya isu berhubung dengan pemimpinnya tidak diselesaikan.
Bagaimanapun, Yussof menasihati ahli Umno supaya jangan bimbang dengan kehilangan ahli parti, tetapi tumpu kepada membina semula kekuatan parti tersebut.
Mengenang kembali bekas presiden Onn Jaafar meninggalkan Umno pada 1951, katanya, Umno dalam keadaan teruk dan tidak mempunyai wang untuk menggerakkannya.
“Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih, dia menjual 5 rumahnya di Argyll Road di George Town untuk menggerakkan kegiatan parti dan menentukan survivalnya.
Mengenai wakil-wakil rakyat yang keluar Umno dan menyertai Pakatan Harapan, beliau berkata, mereka perlu ingat mereka menang kerusi atas tiket Umno.
Yussof menjadi ahli Umno sejak 21 Oktober 1947, pernah memegang jawatan setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang yang pertama, Wong Pow Nee dan setiausaha Parti Parikatan Pulau Pinang.