
KUALA LUMPUR: Jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low akan didakwa secara “in absentia” iaitu tanpa ketidakhadiran di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Selain Jho Low, 36, 4 lagi individu termasuk seorang wanita akan turut didakwa bersama-sama Jho Low di 4 Mahkamah Sesyen berasingan.
Difahamkan semua mereka akan didakwa berhubung skandal 1MDB.
Menurut laporan media, Jho Low yang diburu polis dan dikehendaki Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi namun sehingga kini tidak diketahui di mana sebenarnya dia berada.
Pada 15 Jun lalu Jabatan Imigresen membatalkan pasport ahli perniagaan itu atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan penyiasatan terhadap skandal 1MDB.