
Di bawah disenaraikan beberapa tips bilik dapur yang dikongsi dalam laman Buttterkicap.com mungkin amat berguna untuk anda!
Penyimpanan bawang supaya tidak berbau

Anda juga boleh menyimpan bawang dalam beg kertas dan letakkan di tempat yang kering. Anda tidak digalakkan untuk menyimpan bawang dalam karung atau beg plastik kerana ia akan mempercepatkan pertumbuhan kulat dan menjadikan bawang mudah rosak.
Jika anda ingin menyimpan bawang yang telah dipotong dalam peti sejuk, anda perlu memastikan bekas tersebut ditutup dengan rapi dan kemas supaya ia tidak berwap. Ini kerana, bawang yang telah dipotong jika dibiarkan terdedah boleh menjadi kawasan pembiakan bakteria dan anda akan mengalami keracunan makanan.
Elak menyimpan bawang bersama kentang. Ia akan menyebabkan bawang mudah rosak dan berbau. Untuk mengelakkan kesegaran dan bawang lebih tahan lama, anda perlu menyimpannya di tempat yang kering dan bersuhu sederhana. Ia akan mampu bertahan sehingga lebih 2-3 bulan.
Selain itu, anda mesti sedia maklum bawang merupakan antara makanan yang mudah rosak dan berbau busuk jika diletakkan di tempat yang lembap atau basah. Anda perlu memastikan suhu yang digunakan bersesuain dan ruangan yang kering untuk mendapat pengudaraan yang baik untuk bawang. Sebaiknya anda menyimpan bawang dalam karung kertas, ia akan berfungsi menyerap kelembapan berlebihan yang ada pada bawang.
Bagi bawang kisar untuk tahan lama, anda hanya perlu mengisarkan bawang bersama minyak bagi menggantikan penggunaan air. Kemudian, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpankan dalam peti sejuk untuk kegunaan dalam tempoh masa yang lama.
Kentang kekal segar

Ia dikatakan dapat mencegah pertumbuhan tunas kentang dan ia dapat mengelakkan kerosakan pada kentang. Selain itu, ia juga diamalkan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat pada kentang dan menyebabkan ia berbau busuk. Ia sama keadaan seperti bawang sekiranya ia diletakkan di kawasan yang lembab dan basah.
Anda juga perlu pastikan kentang mendapat pengudaraan yang baik supaya ia mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama antara 2-3 minggu.
Cendawan kekal elok dan tahan lama

Ataupun seeloknya bagi sayuran yang memerlukan suhu yang sejuk seperti ini, anda hanya perlu membungkus atau membalutkannya dalam beg kertas. Ia akan mengurangkan kelembapan pada cendawan yang boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Kemudian simpan sahaja bungkusan tersebut ke dalam peti sejuk supaya ia kekal elok dan cantik seperti baru dibeli. Bagi cendawan kering pula, anda simpan di tempat yang bersuhu sederhana dan kering atau diletakkan dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ia terdedah dengan kelembapan dan sebaiknya anda jauhkan daripada air. Ini bertujuan bagi mengelakkan cendawan menjadi rosak dan berbau busuk.
Keju kekal lama dan segar

Bagi mengatasi permasalahan sebegini, anda disarankan untuk menyapu permukaan keju dengan mentega terlebih dahulu sebelum meletakkannya ke dalam peti sejuk. Ia bertujuan mengelak keju daripada mengering apabila dibiarkan begitu lama dalam peti sejuk.
Suhu yang panas pula akan mengalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan keju. Jadi, penyimpanannya amatlah perlu diberi perhatian sepenuhnya. Seeloknya, anda harus menyimpan dalam bekas tertutup dan kedap udara bagi mengelakkan pengudaraan yang tidak baik untuk keju. Selain itu, anda harus pastikan ruangan simpanan keju juga bersuhu sejuk dan bersesuaian dengan keadaan keju.
Artikel ini pernah disiarkan di laman www.butterkicap.com