Tiada angka pasti tentang pengurangan output minyak, kata Putin

Tiada angka pasti tentang pengurangan output minyak, kata Putin

OPEC dan negara pengeluar minyak bukan-OPEC akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri pada 6-7 Dis depan.

Presiden Rusia, Vladimir Putin akan terus berunding dengan OPEC tentang masa dan isipadu pengurangan pengelauaran minyak. (Gambar AFP)
BUENOS AIRES:
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata semalam, beliau tidak memiliki angka konkrit tentang kemungkinan pengurangan pengeluaran minyak, walaupun negaranya akan terus menyumbang kepada pengurangan pengeluaran dunia

Rusia, antara pengeluar utama minyak mentah dunia, terus berunding dengan pemimpin OPEC, Arab Saudi, mengenai masa serta isipadu pengurangan.

OPEC dan negara pengeluar minyak bukan-OPEC akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri pada 6-7 Dis depan.

“Benar, kami ada persetujuan untuk melanjutkan perjanjian kami,” kata Putin kepada pemberita di pinggir Sidang G20 di sini.

“Tidak ada persetujuan muktamad tentang isipadu, tetapi kami seiring dengan Arab Saudi dan akan melakukannya. Biar apapun angka akhirnya, kami bersetuju untuk memantau pasaran dan bertindak segera.”

OPEC dan sekutunya akan bermesyuarat di tengah-tengah kebimbangan umum tentang ekonomi dunia yang perlahan dan pertambahan bekalan minyak dari Amerika Syarikat.

Harga minyak merosot paling rendah dalam tempoh 10 tahun Nov lepas, iaitu turun lebih 20% sewaktu bekalan dunia mengatasi permintaan. Bagaimanapun kerugian terhad Jumaat lepas, susulan jangkaan perjanjian mengurangkan pengeluaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.