
Ng berkata peraturan pemakaian itu diperintahkan pada 1959.
Beliau bagaimanapun berkata peraturan itu boleh dipinda jika para Adun mengusulkannya.
“Mana-mana Adun boleh berbahas dalam dewan kalau dia rasakan peruntukan peraturan tetap DUN Selangor 1959 ini tidak menyatakan secara khusus dan tidak menyeluruh, dan mungkin perlu ditambah baik.
“Adun Sungai Panjang patut tampil ke depan, bangun, bahas, cadang kepada dewan bahawa peraturan tetap ini perlu dipinda,” katanya pada sidang medianya di lobi DNS hari ini.
Ng menjawab Adun Sungai Panjang Datuk Mohd Imran Tamrin yang mempersoalkan teguran terhadap Adun Taman Templer Mohd Sany Hamzan kerana memakai Melayu pada sesi Rabu lalu.
Imran mempertahankan pemakaian baju kebangsaan dan mengatakan baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin tidak melanggar peraturan atau mencemar kemuliaan dewan.
Ng bagaimanapun tertanya mengapa Imran ketika itu tidak bangun mencadangkan pindaan.
“Saya tak nampak beliau bangun semalam menyatakan tapi hanya buat sidang media sahaja,” katanya.
Ng menafikan dia pernah berkata pemakaian baju Melayu merosakkan kecuaian dewan.
“Saya hanya minta berdisiplin dengan kod etika pakaian. Saya tak kata merosakkan kesucian dewan.
“Ini satu fitnah, tuduhan yang berat. Pihak saya mengambil serius mengenai perkara itu,” katanya.