Rabies: 1 kes baru di Sarawak

Rabies: 1 kes baru di Sarawak

Kementerian Kesihatan berkata, lelaki berusia 21 tahun yang dijangkiti rabies itu sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Kementerian Kesihatan berkata, lelaki itu digigit seekor anjing tidak bertuan pada 4 Oktober lalu. (Gambar bernama)
KUCHING:
Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia, apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 14 kes sejak wabak itu diisytiharkan di negeri ini, 30 Jun tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, pemuda berusia 21 tahun dari Batu 7 di sini disahkan dijangkiti rabies melalui ujian sampel klinikal.

“Pesakit itu pernah digigit seekor anjing tidak bertuan pada 4 Oktober lalu. Status vaksinasi anjing tersebut serta keadaan kesihatannya tidak diketahui.

“Lelaki berkenaan sedang menerima rawatan dan dalam pemerhatian rapi pakar-pakar klinikal di Hospital Umum Sarawak (HUS), setelah dimasukkan ke wad dan pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai gejala hydrophobia, aerophobia dan kekeliruan,” demikian menurut kenyataan itu.

Setakat ini, jangkitan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak mencatatkan 12 kematian, satu kes dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi dan kes terbaharu dalam rawatan di HUS.

Sehingga 25 Noveber lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan 54 kawasan di 11 bahagian sebagai kawasan jangkitan rabies dengan hanya Limbang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.