Tips elak gigitan serangga, nyamuk ketika berkhemah dalam hutan

Tips elak gigitan serangga, nyamuk ketika berkhemah dalam hutan

Sebaiknya anda bawa barang-barang dapur ini supaya dijadikan penghalau serangga semula jadi.

Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti berlari marathon, mendaki, berjalan menyelusuri hutan dan sebagainya semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat kita.

Hampir setiap minggu ada sahaja aktiviti yang dirancang, sama ada bersama rakan, keluarga atau geng tertentu. Katakan anda bercadang untuk mendaki atau menyelusuri hutan, kami ada sediakan beberapa tips persediaan yang dipetik dari Readers Digest yang mungkin boleh membantu anda.

Jom baca!

Makan bawang putih

Sekiranya destinasi perkhemahan atau pendakian anda dikhabarkan terdapat banyak pepijat, kami sarankan anda makan bawang putih beberapa hari sebelum itu.
Makanlah seulas 2 setiap hari. Hasilnya bau badan yang anda keluarkan sewaktu berpeluh akan menghindari diri dari serangga.

Bawa tepung susu

Bukan untuk masak susu dan diminum tetapi dibuat sapuan sekiranya anda sengsara akibat gigitan serangga mahupun kepanasan melampau. Caranya, campurkan sebahagian susu tepung dengan 2 bahagian air dan tambah secubit garam.
Sapukan pada bahagian yang membakar atau gigitan yang memedihkan itu.
Enzim dalam serbuk susu akan membantu meneutralkan racun serangga dan membantu melegakan kesakitan akibat pancaran matahari terik.

Rendam dengan air garam

Untuk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk, rendam kawasan tersebut di dalam air garam, kemudian sapukan minyak sayuran atau krim berminyak.

Gosok bawang merah

Menggosok sepotong bawang merah pada permukaan kulit adalah salah satu cara terbaik untuk menjauhkan nyamuk dan gigitan serangga lain.
Bawalah sebiji bawang apabila berkhemah nanti!

Kulit oren dan lemon pun anti-serangga

Tahukah bahawa kulit oren dan lemon juga boleh disapu untuk mengelakkan daripada didekati serangga. Gosok kulit buah segar ke kulit yang terdedah dan ya, anda bebas daripada nyamuk. Selain itu, ia juga memberi bau yang menyenangkan, berbanding bawang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.