Rambut, antara mitos dan fakta

Rambut, antara mitos dan fakta

Benarkah memberus rambut secara kerap menggalak pertumbuhan?

Rambut adalah mahkota wanita, dan lelaki. Menggaya rambut mengikut keserasian personaliti menjadi trend generasi kini. Malah mereka tidak segan untuk mencuba pelbagai gaya yang unik dan berani.

Namun, kita masih diselubungi pelbagai ‘kepercayaan’ yang tidak pasti sama ada betul atau sekadar mitos. Mari kita lihat antara kepercayaan fakta atau ‘auta’ mengenai rambut.

1. Berus 100 kali sehari untuk rambut yang lebih sihat.

Mitos

Memberus rambut secara kerap boleh memecahkan folikel rambut yang sihat. Berus atau sikat yang sering dikenakan pada kulit rambut juga boleh memutuskan rambut daripada akar. Berus perlahan-lahan untuk penggayaan sahaja, bukan untuk merangsang kulit kepala.

2.Tekanan boleh membuat rambut anda gugur.

Fakta

Tekanan yang melampau boleh memberi kesan kepada rambut anda. Semua folikel rambut biasanya menjalani tempoh “rehat” secara berkala. Tekanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan ia memasuki fasa rehat sebelum ia bersedia, menjadikan rambut gugur dalam 3 bulan berikutnya. Pertumbuhan rambut biasanya berlaku secara semula jadi, maka penting untuk kita menangani tekanan dan mendapatkan nasihat perubatan bagi mengelak ketidakseimbangan hormon atau kesan sampingan ubat.

3. Kebimbangan menyebabkan rambut beruban lebih pantas

Fakta

Tekanan pada hormon adrenalin boleh merosakkan DNA dalam gen yang bertanggungjawab untuk penghasilan melanin, sejenis pigmen yang memberi warna pada rambut.

4. Rambut beruban jika sering ketakutan.

Mitos

Anda tidak boleh kehilangan pigmentasi rambut selepas ia gugur dari kulit kepala. Tetapi kejutan yang teruk boleh memicu kepada situasi ‘alopecia areata’, sejenis keadaan autoimun yang menyebabkan rambut gugur. Walaupun jarang berlaku, ia akan hanya menyerang rambut yang berpigmen (berwarna) dan bukan rambut beruban.

5. Rambut tumbuh lebih cepat pada musim panas.

Fakta

Pada musim sejuk, darah akan beralih ke organ dalaman untuk mengekalkan suhu badan, jadi ia mengurangkan aliran darah ke kulit kepala. Pada cuaca panas pula, peredaran darah akan meningkatkan aktiviti folikel dan meningkatkan kadar pertumbuhan rambut. Rambut tumbuh 10-15% lebih cepat pada musim panas.

6. Memotong rambut semasa bulan mengambang mempercepatkan pertumbuhan.

Mitos

Sesetengah orang percaya memotong rambut di bawah bulan mengambang akan mempercepatkan pertumbuhan. Malangnya, rambut yang dipotong tidak akan tumbuh sekuat sebelumnya tidak kira bila sahaja ia dipotong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.