Polis tahan pengasuh disyaki dera 2 bayi di taska

Polis tahan pengasuh disyaki dera 2 bayi di taska

Seorang daripada bayi berusia 5 bulan itu muntah-muntah, manakala seorang lagi bayi berusia 7 bulan mempunyai kesan lebam di leher.

Polis berkata, wanita berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira 5.45 petang Sabtu dan siasatan masih dijalankan.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan pengasuh kepada 2 bayi lelaki yang dipercayai didera semasa di taska, di Kapar, Klang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata wanita berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira 5.45 petang tadi.

“Siasatan lanjut melibatkan penderaan 2 bayi di taska itu sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, beberapa media melaporkan polis sedang mencari seorang wanita beralamat di Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan kes 2 bayi lelaki dipercayai didera pengasuh mereka di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, dekat sini.

Menurut laporan, sepasang suami isteri mendapati bayi mereka yang baru berumur 5 bulan muntah-muntah sebaik tiba di rumah, selepas dibawa pulang dari taska berkenaan.

Satu lagi pasangan yang turut menggunakan khidmat taska sama mengesyaki bayi mereka berumur 7 bulan didera kerana terdapat kesan lebam di leher bayi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.