Petronas seru peneraju O&G arah perkongsian bukan tradisional

Petronas seru peneraju O&G arah perkongsian bukan tradisional

Presiden Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata permintaan untuk kelestarian yang tinggi dan kemajuan teknologi digital telah mengubah persekitaran industri.

KUALA LUMPUR: Peneraju industri minyak dan gas (O&G) wajar mencari perkongsian serta penyelesaian dalam bidang dan peluang dalam sumber O&G yang belum diterokai bagi memenuhi permintaan tenaga lestari yang semakin meningkat.

Presiden Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata permintaan untuk kelestarian yang lebih tinggi pada peringkat tempatan dan global, termasuk kemajuan yang pesat dalam teknologi digital telah mengubah persekitaran industri itu beroperasi.

“Adalah penting untuk mencari penyelesaian tenaga yang mampu membawa ke arah rakan-rakan kongsi bukan tradisional termasuk perkongsian tradisional yang boleh meneroka penyelesaian bukan konvensional yang akan mengurangkan kos, mendapatkan kecekapan keuntungan dan perlindungan nilai risiko.

“Ianya juga sama penting untuk memudahkan anjakan minda yang akan menyediakan satu daya kreativiti dan inovasi bagi mencari penyelesaian yang diperlukan untuk bergerak ke hadapan,” katanya dalam kenyataan sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Abu Dhabi 2018 baru-baru ini.

Penglibatan Petronas dalam sukan bermotor sebagai rakan teknikal kepada pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One salah satu daripada usaha ke arah perkongsian bukan tradisional, di mana ia menyediakan platform untuk membina kepakaran teknikal, memperluaskan rangkaian produk berkualiti, serta membangunkan keupayaan dan bakat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.