Diet keto bahaya? Ini sebabnya

Diet keto bahaya? Ini sebabnya

Amalan diet keto yang menggalak pengambilan lemak serta protein, mengurangkan karbohidrat boleh menyebabkan dihidap penyakit jantung koronari dalam jangka masa panjang.

Diet ketogenik atau diet keto adalah diet yang memerlukan pengamal mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengantikannya dengan pengambilan protein dan lemak.

Ramai orang termasuk selebriti antarabangsa yang memilih diet ini kerana dikatakan diet yang paling mudah untuk menurunkan berat badan. Namun, ramai yang enggan menerima hakikat di sebalik bahaya diet ini.

Menurut pakar nutrisi dari Hospital Universiti of Pennsylvania RD, Melissa Bailey, diet keto tidak sepatutnya diamalkan kerana bahayanya kepada tubuh dalam jangka masa panjang.

Mari kita lihat 6 sebab diet keto tidak boleh diamalkan

Pengambilan lemak tepu lebih banyak daripada karbohidrat

Mereka yang mengamalkan diet ini perlu mengehadkan pengambilan karbohidrat sebanyak 20 hingga 50 gram dan meningkatkan protein serta lemak lebih banyak dari biasa.

Maka, diet ini boleh menjadi faktor seseorang bakal dihidap penyakit jantung koronari berbanding mereka yang kurang mengambil protein dan lemak.

Kehilangan nutrisi penting

Seseorang yang berhentik terus pengambilan karbohidrat seperti susu atau bijiran ia akan berdepan masalah kekurangan mikronutrisi tertentu kerana tenusu merupakan pembekal kalsium yang baik. Roti dan bijirin diperkaya dengan zat besi dan magnesium.

Kekurangan air

Keto menyebabkan berat badan turun mendadak dalam beberapa minggu pertama, tetapi ia berpunca daripada kekurangan air. Jika seorang manusia kekurangan air di dalam badan, ia akan menyebabkan sembelit dan beberapa komplikasi penghadaman yang lain.

Bukan itu sahaja, pengamal diet keto juga dikesan berdepan gejala flu pada beberapa minggu terawal. Kondisi ini dinamakan ‘keto flu’ dan terjadi selama beberapa hari. Antara gejala yang ‘keto flu’ ialah sakit kepala dan berasa mual.

Pengunaan pemanis tiruan

Produk pemanis tiruan iaitu maltitol adalah antara pemanis yang digunakan dalam produk keto. Pemanis tiruan boleh menyebabkan cirit birit dan perut kembung apabila diambil dengan jumlah yang tinggi.

Ingat, tidak kira mana-mana diet sekalipun, elakkan penggunaan produk tiruan di dalam makanan. Ia boleh membawa kesan jangka panjang yang membahayakan.

Otot menyusut dalam diet keto

Tubuh mengalami ketosis, iaitu proses pembakaran lemak yang digunakan sebagai tenaga.

Karbohidrat berperanan penting untuk membentuk otot, tetapi apabila keto mengelak karbohidrat dan menggunakan sepenuhnya protein, maka proses pemulihan sel-sel otot yang rosak akan cepat.

Gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan seperti perut kembung, sering buang gas, atau sembelit terjadi dalam diet ini kerana tubuh tidak cukup serat dari buah, biji-bijian, dan sayur tertentu. Ada juga orang yang mengamalkan diet ini mengalami cirit-birit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.