
Secara umum, bayi baru lahir hingga mencapai usia 2 tahun perlukan perhatian yang sangat penting daripada kedua-dua ibu bapanya, atau penjaga.
Ini kerana tanpanya pertumbuhan anak boleh terganggu pada saat berlakunya kemudaratan.
Lazimnya, tiada ilmu atau pendidikan rasmi dalam membesarkan anak, namun ramai orang tua, doktor, bidan dan rakan-rakan yang boleh dirujuk dalam hal ini.
Bahan bacaan tertentu juga boleh digunakan sebagai sumber maklumat. FMT Ohsem memetik CNN Kesihatan, untuk membimbing cara menjaga bayi baru lahir hingga mencapai usia 2 tahun.
1. Menyusu
Menurut Perunding Laktasi, Dr.Ameetha Drupadi dari RUmah Sakit Mayapada di Jakarta, menyusu adalah asas terpenting dalam mengasuh dan merawat anak. Menyusu boleh mengeratkan ikatan kasih sayang antara kedua-dua ibu dan anak. Ameetha menyarankan agar para ibu mempelajari cara menyusu yang betul dan selesa. Kini banyak hospital termasuk hospital kerajaan di Malaysia menyediakan kakitangan terdiri daripada jururawat kanan untuk mengajar ibu baru beranak cara menyusu yang sepatutnya bagi mewujudkan satu pengalaman ceria selain menyokong kempen menyusu badan.
2. Waktu yang berkualiti
Usia 0 hingga 2 tahun merupakan waktu yang sangat genting di mana bayi perlukan perhatian sepenuhnya dari kedua-dua ibu bapanya. Di tengah kesibukan bekerja, Ameetha menyarankan agar ibu bapa dan penjaga memperbanyakkan waktu dengan anak, bermain dengan mereka, saling mengenali.
“Selepas pulang dari tempat kerja, cuba usahakan sekurang-kurangnya 2 jam berkualiti dengan anak. Misalnya dari pukul 7 hingga 9 malam, elak sebarang gadget,” kata Ameetha.
3. Pendidikan untuk bayi
Ramai yang mula mendedahkan anak mereka dengan warna, huruf, bentuk dan sebagainya pada usia ini. Walaupun mereka dianggap masih muda tetapi langkah mendidik anak dengan ilmu haru bermula seawal yang mungkin. Selain itu, mereka juga harus ditunjuk ajar untuk menerima arahan dan mendengar kata. Misalnya anda suruh anak berusia 2 tahun supaya berhenti menangis sementara anda sediakan makannya. Ataupun membuatkan mereka faham kepentingan makan ubat, sapu minyak angin dan sebagainya.
4. Harga diri bayi
Bayi juga harus diperkenalkan dengan harga diri. Menurut Ameetha, mengajar harga diri biasanya dilakukan dengan meminta izin daripada bayi itu sendiri. Misalnya apabila membersihkan kemaluan mereka atau menukar lampin. Ameetha juga mengingatkan tubuh badan khususnya bahagian tertentu tidak dibenarkan disentuh oleh orang lain sewenang-wenangnya. “Pupuk mereka dengan selalu meminta izin dan mereka harus sedar keperibadian tersebut. Kalau ada pengasuh sekalipun mereka harus berbuat demikian,” tegas Ameetha.
5. Komunikasi
Bagaimana anda berkomunikasi denan anak? Ibu bapa digalak menggunakan kata-kata yang positif dan menggalakan serta mengelak sama sekali perkataan seperti ‘tidak’, ‘tak boleh’ dan sebagainya. “Kurangkan penggunaan perkataan yang negatif. Berikan mereka pilihan yang positif,” katanya. Penggunaan kata negatif juga akan membuatkan anak merasakan diri mereka dipaksa dan trauma. Selain itu gunakan perkataan yang betul dan jangan anda pula baby talk dengan mereka. Anda kena ajar anak supaya membetulkan bahasa.