
Katanya, arahan itu berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan.
“Ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan melawat sekolah.
“Mereka perlu mendapatkan kebenaran pengarah pendidikan negeri (terlebih dahulu),” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) yang terkejut dengan larangan itu mempersoalkan jika arahan itu hanya terhad kepada ahli Parlimen pembangkang atau semua ahli Parlimen.
“Ia untuk semua ahli Parlimen pembangkang,” jawab Maszlee sambil menambah beliau akan mengeluarkan jawapan bertulis berhubung perkara itu.
Katanya, arahan itu bertujuan memastikan pembangkang tidak cuba menyampaikan kenyataan berunsur negatif di sekolah.
“Kita tidak mahu mereka sebarkan penipuan dan kebencian, sebab itu kita perlu memastikan mereka membuat permohonan terlebih dahulu, sebelum masuk ke sekolah,” katanya di lobi Parlimen.
Di bawah kerajaan terdahulu, ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan melawat sekolah.