
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kelemahan itu memberi ancaman besar kepada negara dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
“Setakat ini polis sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis. Apabila maklumat sudah mencukupi, satu operasi khas akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup tilawah al-Quran PDRM peringkat kebangsaan di Maktab PDRM, di sini, semalam.
Rabu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal.
Noor Rashid berkata, pihaknya mempunyai beberapa fasa dalam siasatan terutama membabitkan aspek keselamatan negara.