Kenali buah mengkudu, superfood tempatan

Kenali buah mengkudu, superfood tempatan

Antara masalah yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu adalah tekanan darah tinggi, masalah haid untuk kaum wanita, sebagai ubat ‘pain killer’ semula jadi dan penyakit jantung.

Buah mengkudu juga dikenali dengan nama Morinda Citrifolia dalam bahasa Latin merupakan pokok yang bersaiz sederhana dan kebiasaannya tinggi pohon ini hanya mencapai antara 3 hingga 8 meter sahaja. Khasiat yang ada pada buah mengkudu ini telah lama diketahui dalam mengubati pelbagai penyakit dan membantu penjagaan kesihatan yang baik untuk semua lapisan umur masyarakat.

Keistimewaan buah ini adalah rupanya yang unik iaitu berkerutu dan berbiji, mempunyai sejenis bau yang kuat seperti makanan yang sudah rosak, ini yang menyebabkan tidak ramai yang rela mencuba dan mengamalkan buah ini sebagai penawar kepada sebarang penyakit.

Walaupun baunya agak kuat dan kurang menyenangkan, buah mengkudu mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, zat seperti xeronine, proxeronine, steroid semula jadi, alizarin, sodium, dan sebagainya. Buah mengkudu juga mengandungi scopoletin berfungsi sebagai anti-bakteria dan anti-radang kepada tubuh badan kita.

Dalam merawat penyakit hipertensi, agen anti-radang buah mengkudu bertindak menurunkan tekanan darah secara berkesan dan selamat. Ini kerana, tekanan darah tinggi berpunca daripada saluran darah yang sempit. Justeru, buah mengkudu mengandungi bahan yang mampu membantu melebarkan saluran darah menjadi sedia kala dan tekanan akan berkurangan sekaligus menurunkan tekanan darah.

Antara simptom kesakitan yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu adalah tekanan darah tinggi, masalah haid untuk kaum wanita, sebagai ubat ‘pain killer’ semula jadi, dan penyakit jantung.

Bagi merawat penyakit jantung, buah mengkudu mempunyai 1001 kebaikannya tersendiri.

Ia apabila berlaku penyempitan pada dinding atau saluran darah akibat pemendapan dan pengumpulan kolestrol dan lemak yang menyukarkan pengaliran darah masuk ke dalam jantung untuk dipam ke seluruh tubuh badan.

Penghidap penyakit jantung akan menunjukkan beberapa gejala seperti kesakitan yang melampau di dada, terutama di bahagian tengah dan melarat ke kawasan belakang tubuh. Ia akan berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti fizikal sehingga tiada waktu yang mencukupi untuk berehat.

Beberapa kebaikan yang boleh anda temui dalam penggunaan buah mengkudu sebagai penawar semula jadi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Khasiat daripada buah mengkudu dapat diperolehi dengan menjadikan jus mengkudu.

Sumber anti-oksida semula jadi

Akibat kekurangan vitamin, badan akan menyumbang kepada toksik radikal bebas. Peredaran radikal bebas berpunca daripada tekanan perasaan dan pencemaran yang berlaku di sekeliling. Pembebasan radikal bebas secara berlebihan akan menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah.

Ia akan menjurus kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser. Buah mengkudu diperkaya dengan kadar anti-oksidan yang tinggi berbanding buah-buahan lain seperti buah epal dan anggur.

Melancarkan peredaran darah

Buah mengkudu mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kesihatan seperti asid amino tryptophan dan vitamin B kompleks iaitu vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6 dan vitamin B12 yang berupaya menurunkan tekanan darah tinggi. Ia adalah sebab utama kepada penyakit jantung dan pelbagai penyakit kronik.

Keberkesanan dapat dilihat jika anda mengamalkannya secara konsisten. Pengambilannya juga perlu dijaga dan kuantiti yang dimakan haruslah betul supaya sistem peredaran darah menjadi lancar dan lebih baik daripada sebelumnya.

Pesakit jantung sangatlah digalakkan untuk mengamalkan pengambilan buah mengkudu sebagai penawar secara konsisten dalam memastikan keberkesanannya dalam merawat dan mencegah penyakit jantung.

Meningkatkan kesihatan jantung

Selain melancarkan peredaran darah, buah mengkudu juga mampu meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Lebih tepat, ia akan menjadikan jantung anda lebih sihat dan anda dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa gangguan.

Ia mampu menjadikan otot-otot dalam saluran darah dan jantung lebih rileks dalam melaksanakan tugasan mengepam darah keseluruh tubuh. Ia juga menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan mengawalnya supaya tidak berlebihan hingga menyebabkan berlaku mendapan pada dinding saluran darah.

Menurunkan tekanan darah tinggi menjadi stabil

Bagi anda yang menghidapi tekanan darah tinggi atau rendah, anda disarankan untuk mengambil buah mengkudu sebagai ubat semula jadi. Cara penyediaannya mudah, anda boleh makan buah mengkudu terus dengan hanya mengupas kulitnya terlebih dahulu dan makan begitu sahaja atau anda boleh rebus buah mengkudu menjadi lembut dan makan begitu sahaja.

Kandungan xeronine dalam buah mengkudu mempunyai manfaat yang baik dalam mengawal tekanan darah untuk kembali stabil dan normal seperti sedia kala. Kandungan scopoletin fitonutrien pula berupaya mengembangkan saluran darah yang sempit bagi memastikan paras tekanan darah kembali stabil dan tidak bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh anda.

Artikel ini pernah diterbitkan di www.butterkicap.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.