Dr M minta bantuan Rusia senggara jet pejuang

Dr M minta bantuan Rusia senggara jet pejuang

Laporan sebelum ini menyebut terdapat beberapa isu berkaitan penyenggaraan dan perkhidmatan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29.

Jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29 adalah buatan Rusia.
SINGAPURA:
Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan,” kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Asean ke-33.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh tentang perkara itu kerana pihak media diminta beredar daripada pertemuan 2 pemimpin berkenaan.

Malaysia diketahui ramai turut menggunakan kelengkapan pertahanan buatan Rusia.

Kementerian Pertahanan Malaysia mengendalikan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29. Laporan sebelum ini menyebut terdapat beberapa isu berkaitan penyenggaraan dan perkhidmatan pesawat itu.

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata hanya 4 daripada 18 jet Sukhoi yang layak terbang, manakala bakinya masih dalam pembaikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.