Dr M bakal terima Ijazah Kehormat Undang-undang

Dr M bakal terima Ijazah Kehormat Undang-undang

Anugerah itu diberikan oleh Universiti Nasional Singapura.

Dr Mahathir Mohamad mengunjungi tempat pengajiannya Kolej Perubatan King Edward VI di Singapura. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh nostalgia ke alma mater beliau – Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di universiti itu, beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang.

Kemudian, pada tengah hari, perdana menteri juga akan dianugerahkan Penaung kehormat oleh Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean.

Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi perdana menteri Malaysia ke-7.

Perdana menteri kemudian akan menyertai rakan sejawatannya dari Asean untuk upacara pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Asean ke-33.

Dr Mahathir juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.