
Pakar Bedah England Dr Amalina Che Bakri yang aktif di laman sosial kali ini tampil memberi pandangan beliau mengenai penggunaan ubat gigi arang yang menjadi perbualan ramai.
Beliau tampil berkongsi maklumat selepas disoal seorang netizen mengenai kebaikan menggunakan ubat gigi arang selain posting Amalina sendiri pada Julai lalu yang turut menekankan kesan sampingannya.
Dalam muatnaik terbaru, beliau menekankan, “Arang tidak memutihkan gigi.”

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, ia boleh melemahkan enamel,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, sebuah klinik gigi @kaldentalclinic dalam posting instastories pada Julai lalu juga pernah berkata, penggunaan arang yang berbentuk serbuk hitam pada gigi, selepas dikumur memberi efek gigi putih hanya sekadar mainan psikologi sahaja.