
Beliau berkata terpulang kepada pendirian masing-masing untuk terus berada dalam Umno atau sebaliknya.
“Soal keluar masuk ini akan berjalan berterusan dan bergantung kepada pegangan seseorang yang jadi ahli Parlimen atau Adun.
“Sebahagiaan daripada mereka hanya melihat apa yang mereka perlukan, macam peruntukan dan ada juga yang merasakan kalau mereka tak dapat peruntukan mereka sukar jalankan tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Kedah Datuk Ahmad Kassim sebaik persidangan bermula, sebelum sesi soalan lisan berlangsung pagi ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata sehingga kini beliau menerima maklumat terdapat ahli Parlimen dan Adun Umno yang terus dilamar untuk menyertai parti lain.
Katanya, ada juga yang melampaui batas dalam menarik ahli Parlimen dan Adun Umno keluar parti.
“Jadi saya menghadapi kesukaran sebagai setiausaha agung Umno untuk mengekalkan mereka.
“Disebabkan itu kita melakukan jelajah ke negeri-negeri untuk mendekati mereka.”