Menteri: Projek perintis subsidi petrol dilaksana suku pertama 2019

Menteri: Projek perintis subsidi petrol dilaksana suku pertama 2019

Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya sedang meneliti beberapa aspek projek perintis itu bagi mengelakkan sebarang gangguan teknikal semasa pelaksanaan sistem baru itu.

Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek perintis itu bertujuan memastikan sistem mekanisme baru subsidi petrol bersasar untuk golongan B40 berjalan lancar di semua stesen minyak.
GEORGE TOWN:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjalankan projek perintis sebelum pelaksanaan subsidi petrol bersasar pada suku ke-2 tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata projek perintis itu bertujuan memastikan sistem mekanisme baru subsidi petrol bersasar untuk golongan berpendapatan terendah (B40) berjalan lancar di semua stesen minyak apabila dilaksanakan.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya sudah melancarkan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi penyedia perkhidmatan mewujudkan mekanisme baru, sebelum projek perintis dijalankan pada suku pertama tahun depan.

Buat masa ini, kementerian sedang membincang dan meneliti beberapa aspek projek perintis itu bagi mengelakkan sebarang gangguan teknikal semasa pelaksanaan sistem baru itu di semua stesen minyak.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong di sini, hari ini.

Dalam Bajet 2019, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin bawah 1,500cc dan 40 liter sebulan untuk pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Selain itu, kerajaan juga akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.