DBKL arah tutup 16 premis rumah urut

DBKL arah tutup 16 premis rumah urut

16 dripada 22 premis diperiksa dikenakan tindakan penutupan premis.

Pengarah Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood berkata, agensi itu terus aktif membanteras premis rumah urut tanpa lesen dan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan dekoder rakaman litar tertutup (cctv)”, kata Pengarah Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood.

Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.

“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, DBKL akan terus bergiat aktif dalam membanteras premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.