Detik cemas anak beruang panjat curam salji tarik perhatian netizen

Detik cemas anak beruang panjat curam salji tarik perhatian netizen

Bukan sekadar menarik perhatian, ramai yang mengambil iktibar daripada usaha anak beruang yang terus mencuba walaupun berkali-kali jatuh.

Banyak perkara yang kita boleh belajar dari haiwan. Terbaru, satu klip video menunjukkan seekor anak beruang boleh memberi kita motivasi untuk terus mencuba walaupun berdepan cabaran yang menggagalkan usaha itu.

Tak faham? Anda wajib tonton rakaman ini!

Seekor beruang dewasa dipercayai ibu dan seekor anak beruang dikesan sedang menaiki curam bersalji di pergunungan Magadan di Russia.

Menarik mengenai klip ini ialah acap kali anak beruang itu cuba mencapai puncak tebing salji, ia asyik jatuh tergelincir.

Ibunya berjaya menaiki tebing tersebut dalam percubaan kedua, dan terus menunggu anaknya yang berusaha tanpa putus asa dengan penuh harapan walaupun dilihat jatuh akibat jalan yang tertalu licin dan tapak si anak yang terlalu kecil dan mungkin tidak cukup cengkaman.

Rakaman yang cukup menyedarkan ini diambil menggunakan drone.

Pada satu detik, mungkin ibu beruang perasan kewujudan drone dan khuatir jika ia merbahaya untuk nyawa anak, ia cuba menghulurkan tangannya setelah anak beruang menghampiri tebing, tetapi sekali lagi ia tergelincir jatuh.

Mujur pengendali drone sedar kebimbangan ibu beruang itu dan beralih jauh supaya kedua-dua ibu dan anak dapat disatukan.

Akhirnya anak beruang itu berjaya bersatu selepas jatuh berkali-kali dan terakhir jatuh jauh ke bawah. Ia dapat disaksikan daripada rakaman drone dari jauh itu.

Saksikan sendiri klip rakaman yang penuh bernilai ini!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.