Bon Samurai tiada syarat, boleh biaya pembangunan, pinjaman

Bon Samurai tiada syarat, boleh biaya pembangunan, pinjaman

Perdana menteri berkata bon 200 bilion yen daripada Jepun kepada Malaysia tiada sebarang ikatan syarat.

BANGI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bon 200 bilion yen (RM7.4 bilion) daripada Jepun kepada Malaysia yang dikenali sebagai bon Samurai tiada sebarang ikatan syarat.

Beliau berkata bon Samurai itu boleh digunakan untuk membiayai pinjaman dan pembangunan negara.

Dr Mahathir ditanya pemberita sama ada penerbitan bon itu melibatkan sebarang ganjaran atau pulangan balik kepada Jepun.

Putrajaya pada 2 November lalu mengumumkan Tokyo menawarkan jaminan ke atas penerbitan bon bertempoh 10 tahun sehingga RM200 bilion yen. Penerbitan itu dijamin oleh Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun pada kadar kupon 0.65% dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.

Perdana menteri berkata tawaran Jepun itu akan memberi banyak manfaat terutama mengurangkan beban kewangan dan pembangunan, serta lebih baik berbanding hutang lama yang ditanggung pada kadar faedah sehingga 7%.

Perdana menteri turut menyentuh perkara tersebut:

Pengangkutan kereta api

Dr Mahathir berkata Jepun boleh membantu memajukan pengangkutan kereta api di Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat kereta api paling berjaya di Jepun, JR Kyushu Railway Company.

“Kita ingin belajar daripada mereka dan mereka ingin menasihatkan kami bagaimana untuk menguruskan program pengangkutan kami.”

Kereta nasional ke-3

Beliau berkata projek kereta nasional ke-3 diusahakan oleh sektor swasta maka terpulang kepada mereka bagaimana untuk melakukannya.

“Kita tidak mempunyai syarat untuk mereka.”

Rafidah Aziz

Dr Mahathir selaku pengerusi PPBM mengalu-alukan bekas menteri Umno dan veteran politik Tan Sri Rafidah Aziz menyertai partinya.

“Dia telah bekerja dengan kami untuk masa yang lama. Kita tidak tahu tentang jawatan. Dia akan menjadi ahli biasa.”

Rundingan ECRL dengan China

Dr Mahathir ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kerajaan akan berunding dengan Beijing berhubung projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang kini ditangguhkan.

“Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi kita akan teruskan rundingan sehingga berjaya.”

Beliau berkata pihaknya tidak boleh memberitahu tempoh masa yang diperlukan untuk rundingan semula itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.