Pasukan keselamatan Kyrgyz tahan 9 disyaki pengganas

Pasukan keselamatan Kyrgyz tahan 9 disyaki pengganas

5 warga asing dan 4 rakyat Kyrgyz ditahan kerana disyaki menjadi anggota sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa.

BISHKEK:
Jawatankuasa Negeri bagi Keselamatan Nasional Kyrgyzstan berjaya memusnahkan satu sel “pendam” sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa di wilayah utara negara itu, Chui Oblast, kata perkhidmatan media jawatankuasa itu semalam.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan, 5 warga asing dan 4 rakyat Kyrgyz ditahan kerana disyaki menjadi anggota sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa.

Sejak 2017, tahanan dikatakan berperanan aktif merekrut rakyat republik itu supaya menyertai kumpulan pengganas di Syria dan Afghanistan dengan tujuan merancang serangan pengganas di Kyrgyzstan dengan menggunakan senjata api dan alat letupan yang diimprovisasi, kata laporan itu.

Warga asing yang ditahan, dipercayai dihantar ke Kyrgyzstan atas arahan utusan pertubuhan pengganas antarbangsa untuk merekrut militan berpengalaman.

Individu terbabit turut dikehendaki di negara asal mereka atas dakwaan terlibat dengan kegiatan keganasan.

Satu kes jenayah telah dimulakan di Kyryzstan.

Menurut data yang dikeluarkan agensi perisikan, 850 warga Kyrgyz meninggalkan negara itu untuk menyertai peperangan di Syria, dan 150 daripada mereka terkorban.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.