
Kejayaan dan rekod yang dicipta penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya tiada tandingan.
Baru-baru ini pula, beliau, buat kali ke-4 dinobatkan dengan pengiktirafan sebagai antara The World’s 500 Most Influential Muslim.
Maknanya beliau adalah salah seorang daripada 500 Muslim yang berpengaruh di dunia.
Bukan itu sahaja, Siti turut menerima anugerah Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 sebagai ikon pelancongan tahunan atau lebih dikenali sebagai Tourism Icon Of The Year.
“Alhamdulillah , Terima kasih kepada penganjur Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi anugerah Tourism Icon of the year(celebrity)” tulisnya di laman Instagram sebagai tanda terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Beliau memuat naik gambarnya menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam laman sosial.
Ruang komen Siti pula dibanjiri dengan ucapan tahniah dan agar Siti terus mengharumkan nama negara dalam arena antarabangsa.
Netizen juga akui pengiktirafan yang diberikan kepada Siti menyifatkan beliau sebagai paling layak menerimanya.