Lebih 2 taufan tropika diramal badai Filipina

Lebih 2 taufan tropika diramal badai Filipina

Kebiasaannya taufan tropika yang berlaku boleh menjejaskan bahagian tengah dan selatan negara itu.

Taufan Yutu merupakan siklon tropika ke-18 melanda Filipina tahun ini. (Gambar Bloomberg)
MANILA:
Filipina meramalkan sekurang-kurangnya 2 taufan tropika akan membadai wilayah negara itu pada November, demikian menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomi Filipina (PAGASA), hari ini.

Pakar di PAGASA, Chris Perez berkata, pada bulan ini kebiasaannya taufan tropika berlaku yang boleh menjejaskan bahagian tengah dan selatan negara.

Ramalan berdasarkan data PAGASA dari 1948 hingga 2017, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Perez, Filipina mengalami taufan tropika lebih kuat pada suku terakhir setiap tahun.

Taufan Yutu, yang membadai pada Rabu lepas menyebabkan puluhan orang terbunuh dan terperangkap.

Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat berkata, lebih 50,000 orang masih berada di pusat pemindahan.

Sementara itu, bantuan bernilai kira-kira 14.79 juta peso (AS$ 274,509) diagihkan kepada penduduk terjejas di Lembah Cagayan, utara Filipina, tengah Luzon, dan wilayah pentadbiran Cordillera.

Taufan Yutu, merupakan siklon tropika ke-18 melanda Filipina tahun ini. Filipina mengalami purata 20 kejadian taufan setiap tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.