
Mereka menyifatkan Bajet 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) menciplak apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka melaungkan “bajet copy paste” dan “Nobita”, sambil disambut gelak ketawa.
Dakwaan pembangkang itu merujuk kepada Bajet 2018 yang dilakukan kerajaan BN tahun lalu.
Sementara itu, Menteri Wilayah Datuk Seri Khalid Samad bangkit mencelah meminta pembangkang membawa plakad lebih besar sepertimana dilakukan PH ketika bergelar pembangkang.
“Plakad itu buat besar sikit, tak nampak,” sindir Khalid merujuk plakad pembangkang yang bersaiz kecil dan tidak menonjol berbanding plakad PH yang lebih besar ketika menolak bajet yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.