Kanak-kanak 10 tahun Malaysia jadi pujaan China kerana suaranya

Kanak-kanak 10 tahun Malaysia jadi pujaan China kerana suaranya

Fatimah Noryyah yang dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar dugaan.

Fatimah Noryyah. (Gambar Instagram)

Seorang kanak-kanak Melayu dari Malaysia yang baru berusia 10 tahun kini menjadi sensasi media masa selepas berjaya menawan hati penonton dan netizen China dalam satu pertandingan nyanyian.

Fatimah Noryyah yang dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar dugaan.

“Kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia ini mempunyai suara yang sangat hebat. Selepas dipimpin oleh guru muzik Zhang Bichen dan beberapa guru muzik yang lain, ekspresi dan suaranya amat menakjubkan.

“Seorang kanak-kanak cantik dengan paru-paru besi. Tak dapat dipercayai!,” tulis keterangan laman Youtube yang memuatnaik lagu tersebut.

Kalau nak tahu lanjut, dengarlah sendiri:

https://www.youtube.com/watch?v=tvdapz2tyyY

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.