Siasatan Suhakam kes kehilangan Amri tamat

Siasatan Suhakam kes kehilangan Amri tamat

Inkuiri akan dibuka semula jika orang yang dikatakan saksi penculikan Amri dapat dikesan.

Kehilangan misteri Amri Che Mat menjadi subjek siasatan Suhakam yang berlangsung selama 1 tahun.
KUALA LUMPUR:
Inkuiri ke atas kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat, tamat hari tanpa kepastian tentang keberadaannya, hampir 2 tahun selepas dia didakwa diculik pada 24 November 2016 berdekatan rumahnya di Kangar.

Mah Weng Kwai, pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengadakan inkuiri itu berkata, inkuiri akan dibuka semula jika salah seorang daripada 2 orang yang dikatakan saksi penculikan Amri dapat dikesan.

Saksi itu ialah sepupu Saiful Afdzan Seinei, yang sebelum ini berkata mereka nampak Amri diculik di luar restorannya. Saiful tidak tampil memberi keterangan hari ini.

Sebaliknya satu video ditayangkan di mana Saiful berkata dia dan sepupunya menyaksikan Amri diculik.

Mah berkata polis mesti mencari Saiful dan memanggilnya untuk memberi keterangan.

Beliau berkata inkuiri itu, yang bermula pada 19 Oktober tahun lepas, sudah melewati tempoh 1 tahun, kini akan melalui proses penghujahan dan pertimbangan.

Sejumlah 25 saksi memberi keterangan di inkuiri itu, termasuk pegawai kanan polis dan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, yang menafikan cadangan dia mengganggu Amri kerana didakwa mempunyai kecenderungan Syiah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.