Petani buat pesawat sendiri walaupun bukan untuk diterbangkan

Petani buat pesawat sendiri walaupun bukan untuk diterbangkan

Zhu membelanjakan kira-kira 2.6 juta yuan (RM476,000) menggunakan 60 tan besi untuk membina pesawat itu.

Seorang petani yang mengimpikan untuk memiliki pesawat tampil membina kapal terbangnya sendiri.

Petani itu, Zhu Yue membina sebuah replika lengkap Airbus A320 di tengah-tengah ladangnya di sebuah perkampungan di timur laut China.

Menurut laporan AFP, Zhu, seorang pelajar lepasan sekolah menengah memulakan pertanian bawang merah dan bawang putih sebelum bekerja dalam bidang kimpalan di sebuah kilang di bandar raya Kaiyuan.

Tahun lalu selepas menyedari dirinya tidak mampu membeli kapal terbang, dia ambil keputusan untuk membinanya sendiri.

Zhu membelanjakan kira-kira 2.6 juta yuan (RM476,000) menggunakan 60 tan besi dengan bantuan 5 buruh yang mempunyai minat mendalam dalam bidang aeronautik.

Menurut laporan itu lagi, Zhu memulakan projek berkenaan dengan meneliti model mainan Airbus 320 mengukur dimensinya, meneliti fotonya, kepal, kokpit, enjin dan ekor pesawat sebelum membina pesawat sebenar.

Airbus buatan sendiri itu tidak akan diterbangkan sebaliknya digunakan sebagai premis makan.

Zhu mahu menggunakannya sebagai tempat makan karpet merah kepada mereka yang mahu menjamu di atas replika pesawat ini.

Replika Airbus A320 mempunyai 156 kerusi dengan 36 kerusi kelas pertama.

Bagaimanpun Zhu belum putuskan jenis makanan yang akan diniagakan di dalam pesawat tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.