
Maka, bab nak minta gaji lebih atau bonus mungkin bukan ini masanya.
Bagaimanapun seorang majikan di India menawarkan pekerjanya dengan wang tunai, kereta dan apartmen sebagai bonus sempena Deepavali.

Menurut laporan Indian Express, usahawan berlian bernama Savji Dholakia, pemilik Hari Krishna Exporters menawarkan hadiah berkenaan kepada kira-kira 1700 pekerjanya yang terdiri daripada artisan dan jurutera berlian sempena sambutan perayaan Deepavali dalam satu majlis besar bertema ‘Skill India Incentive Ceremony’ di Surat, Gujarat.
Senarai pemberian termasuklah kereta 400 unit kereta Renault Kwid, 200 unit kereta Maruti Suzuki Celerio, wang tunai serta apartmen kepada 1,000 orang pekerjanya.
Apabila diambil pengiraan, nilai harga barangan yang ditawarkan Savji mencecah AS$2 juta (RM8.4juta).

Difahamkan, Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menyerahkan kunci kereta kepada pekerja syarikat tu di New Delhi dalam majlis pada 25 Oktober yang lalu.
Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama Savji menghadiahkan pekerjanya dengan hadiah sedemikian rupa.
Beliau terkenal dengan sifat pemurahnya kerana sering menawarkan hadiah mewah kepada pekerjanya setiap kali musim perayaan atau sesuatu sambutan.
Sebelum ini Savji pernah menghadiahkan Mercedes Benz SUV kepada 3 pekerja yang berkhidmat selama 25 tahun bersama syarikat beliau.
Beliau juga pernah memberikan pelbagai hadiah berupa kereta Datsun Redi-GO kepada pekerjanya sempena dengan sambutan Tahun Baru 2017 dan bonus perayaan Deepavali sebanyak 510,000,000 Rupee (RM29,054,445) pada 2016.
Beliau juga memberi 1,260 unit kereta dan 400 unit apartmen kepada pekerjanya pada tahun 2016.
Macam mana agaknya bagi populasi di sekitar Gujarat bila mereka mendapat kerja di syarikat ini, memang dah sah, selain gaji dan insentif lain, mereka seolah dijamin dengan kereta dan apartmen sebagai hadiah.
Seronoknya!