Wanita MCA: Hanya MCA Pusat tentukan kerjasama dengan parti lain

Wanita MCA: Hanya MCA Pusat tentukan kerjasama dengan parti lain

Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie berkata, ini kerana ia melibatkan dasar parti.

Heng Seai Kie berkata, sama ada bekerjasama atau keluar BN, hanya boleh ditentukan oleh MCA Pusat selepas pemilihan parti itu Nov depan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Sebarang kerjasama dengan mana-mana parti atau tetap kekal dalam Barisan Nasional (BN) hanya akan diputuskan oleh jawatankuasa MCA pusat.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, ini kerana ia melibatkan dasar parti.

“Sama ada bekerjasama atau MCA undur daripada BN sekalipun, itu adalah dasar parti dan ia hanya boleh dibuat dan dicapai oleh MCA pusat selepas pemilihan parti (4 Nov) ini.

“Harus difahami Wanita MCA adalah sayap dan yang memutuskan dasar penting sebegini hanya MCA pusat…kami menghormati sebarang keputusan parti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Wanita MCA di Wisma MCA, hari ini.

Semalam, media melaporkan calon Timbalan Presiden MCA, Datuk Tee Siew Kiong menawarkan diri berjumpa dan berbincang dengan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kerjasama yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat Cina di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.