Rasuah: 2 ahli PKR Sabah direman 6 hari

Rasuah: 2 ahli PKR Sabah direman 6 hari

Seorang suspek ialah calon ketua bahagian PKR Kimanis yang bertanding pada pemilihan PKR, manakala seorang lagi ahli biasa.

SPRM menahan 2 suspek selepas mendapat maklumat mereka disyaki memberi sogokan baru-baru ini. (Gambar AFP)
KOTA KINABALU:
Dua ahli PKR Kimanis direman 6 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai ada kaitan kes salah laku rasuah.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berumur 46 dan 47 tahun itu dikeluarkan Majistret, Afiq Agoes berdasarkan permohonan pegawai SPRM, Faliq Basiruddin.

Kedua-dua suspek yang tiba di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah, di sini, pada 11 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian merupakan calon ketua bahagian PKR Kimanis yang akan bertanding pada pemilihan parti tahun ini, manakala seorang lagi ahli biasa.

Mereka ditahan di sekitar Kimanis dan dibawa ke SPRM negeri untuk siasatan lanjut sebelum ditangkap pada 8.40 malam semalam.

SPRM menahan suspek selepas agensi itu menerima maklumat kedua-duanya disyaki terlibat dalam memberi sogokan baru-baru ini.

Namun, SPRM belum dapat memastikan jumlah serta tujuan sogokan terbabit kerana dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.