
Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan kemakmuran kepada rakyat dan untuk generasi masa depan.
Dr Mahathir dalam masa yang sama turut memberi jaminan kepada pelabur bahawa sebarang perubahan dasar kerajaan tidak akan merugikan perniagaan dan usaha mereka.
“Bagi kerajaan, dasar kami sentiasa mesra perniagaan dan responsif kepada idea baru,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan ke-31 Persekutuan Penganalisis Teknikal Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata kerajaan juga kini dalam penyusunan semula dan ia perlu dilakukan bagi menyerap kejutan global atau pergolakan kewangan pada masa hadapan.
“Kerajaan yakin polisi baru kami akan mewujudkan asas lebih kukuh dan keseimbangan antara perbelanjaan berhemah dan memastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat,” katanya.
Dr Mahathir dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa situasi ekonomi semasa juga dalam keadaan tidak stabil terhadap perang dagangan membabitkan China dan Amerika Syarikat.
“Perang dagangan ini menakutkan pasaran dan mencetuskan gegaran dalam pasaran baru muncul,” katanya.