Dikir barat ‘Wau Bulan’ koir Kanada buat netizen tergamam

Dikir barat ‘Wau Bulan’ koir Kanada buat netizen tergamam

Tambah muka surat Facebook Hamilton Children's Choir, Tracy juga dijangka akan mempersembahkan Ikan Kekek tidak lama lagi.

Kita sibuk mempromosi dan mengikuti lagu-lagu Bollywood dan K-Pop manakala persembahan tradisional hampir sukar ditemui kecuali dalam majlis bertema budaya.

Tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu sering kali dimainkan di kaca televisyen hampir pupus dan semakin tidak dikenali generasi muda masa kini.

Bagaimanapun satu video yang menunjukkan sekumpulan penyanyi koir dari Kanada mendendangkan lagu ‘Ewa Bule’ dengan persembahan dikir barat ternyata mencuri perhatian.

Dikenali sebagai Wau Bulan, lagu rakyat dari negeri Kelantan digunakan sebagai lagu untuk persembahan dikir barat kumpulan koir yang dipercayai terdiri daripada warga negara itu, kebanyakannya berkulit putih.

Video tersebut pernah dikongsi pada Ogos lalu bagaimanapun popular selepas dimuatnaik sekali lagi semalam dengan lebih 12,000 perkongsian.

Dalam satu lagi muat naik Facebook, kumpulan koir itu diakui milik Hamilton Children’s Choir dan ia dilatih oleh seorang wanita bernama Tracy Wong.

Tambah muka surat Facebook Hamilton Children’s Choir, Tracy juga dijangka akan mempersembahkan Ikan Kekek tidak lama lagi.

Manakala Tracy Wong sendiri dilihat memberi komen dalam video persembahan yang dimuat naik menyatakan beliau berkerja dengan kumpulan koral tersebut dan menetap di Toronto, Kanada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.