Tiada lagi menteri jaga Parlimen, kata Nga Kor Ming

Tiada lagi menteri jaga Parlimen, kata Nga Kor Ming

Kerajaan dan pembangkang bersetuju meningkatkan status Akta Perkhidmatan Parlimen kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.

Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR:
Tiada menteri diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen selepas Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Beliau berkata kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk meningkatkan status Akta Perkhidmatan Parlimen kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.

“Kali kita mempunyai akta ini. Parlimen akan mempunyai kewangan sendiri, tidak akan ada menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen.

“Speaker akan menjadi ketua Dewan, yang akan mempengerusikan Dewan,” kata Nga kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Sebelum ini kerajaan melantik seorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) khusus untuk mengelolakan urusan Parlimen.

Menteri terakhir yang diberi tanggungjawab itu ialah Datuk Seri Azalina Othman Said.

Nga berkata urusan Parlimen tidak lagi akan dikelolakan oleh seorang menteri di JPM dengan akta baharu itu.

“Dari segi autonomi kewangan, ia tidak lagi menjadi berada di bawah JPM. Kami berharap untuk mengemukakan tindakan baru dalam sidang berikutnya pada Mac atau April tahun hadapan bagi memulihkan, membuat Parlimen sebuah badan betul-betul bebas, untuk memulihkan autonomi yang legislatif, selaras dengan doktrin perasingan kuasa.

“Ia akan menjadi sebuah institusi perundangan tertinggi dan bebas,” katanya.

Mengenai ganjaran para wakil rakyat, Nga berkata semuanya akan diletakkan bawah kuasa Parlimen, dan ia akan memiliki belanjawan tersendiri.

Nga berkata 6 jawatankuasa pemilih Parlimen untuk melaksanakan reformasi sudah ditubuhkan tetapi mereka kekurangan tempat dan kakitangan.

“Setiap jawatankuasa memerlukan lebih kurang 10 orang kakitangan tetap untuk berfungsi dengan elok.

“Pada masa yang sama, kami tidak mempunyai ruang. Jadi kami perlu bajet untuk menyiapkan satu blok supaya jawatankuasa mempunyai bilik mencukupi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.