Neelofa menginap di hotel RM250,000 se-malam di Maldives

Neelofa menginap di hotel RM250,000 se-malam di Maldives

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya, Neelofa dan Ameera didapati menginap di hotel bawah aras laut, The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort.

Khabarnya usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa bersama adiknya Ameera Khan kini berada di kepulauan Maldives.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah gambar perkongisan bilik hotel mereka yang dipercayai dibina di bawah dasar laut sekaligus memaparkan latar kehiudpan marin.

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya, Neelofa dan Ameera didapati menginap di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort, bilik hotel bawah paras laut pertama di dunia.

Tahukah anda berapa bayaran yang dikenakan untuk bilik ini semalaman? Menurut portal pencarian rangkaian hotel antarabangsa, The Muraka mengenakan harga hampir RM250,000 untuk satu malam penginapan!

Hotel itu bakal dibuka pada penghujung bulan November dan nampaknya Neelofa menjadi antara selebriti terawal diberi peluang menginap di hotel berkenaan.

Hotel The Muraka merupakan struktur bangunan yang menempatkan bilik penginapan 5 meter bawah paras laut dengan pemandangan 180 darjah kehidupan laut.

Ia juga mempunyai tingkat atas atas dengan tambahan 2 bilik tidur, lobi, bilik dapur, ruang makan, bar serta dek memerhati matahari terbenam selain kolam renang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.