5,490 anggota PKR Perlis pilih pemimpin hari ini di 3 cabang

5,490 anggota PKR Perlis pilih pemimpin hari ini di 3 cabang

Proses pengundian dijalankan di semua 3 cabang di negeri itu, iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Proses mengundi bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 5 petang dengan keputusan tidak rasmi dijangka diketahui pada 6 petang. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Seramai 5,490 anggota PKR Perlis layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin peringkat pusat dan cabang-cabang parti itu hari ini.

Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman berkata proses pengundian di semua 3 cabang di negeri itu, iaitu Padang Besar, Kangar serta Arau diharapkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Ini adalah pemilihan bersifat keluarga, justeru ia perlu berjalan dengan baik. Masing-masing mahukan pilihan mereka menang, namun jika sebaliknya perlulah bersifat terbuka dan menerima keputusan dengan baik,” katanya, di sini hari ini.

Katanya proses mengundi bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 5 petang dengan keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui pada 6 petang, manakala keputusan rasmi dijangka diperoleh pada sebelah malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.