
Laksamana Muda John Ring merangkap penyelia penjara itu berkata, tumpuan kini diberikan bagi memastikan kemudahan yang ada boleh digunakan selama 25 tahun.
Pada Januari, presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif, membatalkan arahan presiden Obama untuk menutup pusat itu, yang kemudian mendapat kritikan masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata, Pentagon telah menghantar memo mengenai rancangan untuk pusat tahanan terus beroperasi, sekurang-kurangnya selama 25 tahun lagi.
Ring berkata demikian ketika para wartawan melawat pusat tahanan itu.
Pada Disember, pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nils Melzer berkata, menurut sumber sekurang-kurangnya seorang tahanan masih diseksa di penjara Teluk Guantanamo.
Penjara itu telah digunakan sejak serangan September 11 2001 bagi menempatkan tahanan yang disifatkan oleh Washington sebagai “musuh” dan masih terdapat 41 tahanan. Tiada tahanan baru sejak 2008.
Kumpulan tahanan pertama dihantar ke Teluk Guantanamo pada 2002 dan lebih 700 orang ditahan di sana sejak itu, kebanyakannya tanpa dakwaan atau perbicaraan jenayah.