
Mangsa berkongsi kisah mereka di media sosial dengan memuat naik tangkap layar mesej didakwa dihantar lelaki itu.
Satu akaun Facebook mengumpul maklumat daripada semua individu yang didakwa menjadi mangsa pensyarah itu.
“Pensyarah itu tidak dapat mengawal niatnya yang menjijikkan. Dia turut berulang kali membuat gangguan secara lisan terhadap pelajarnya,” menurut satu catatan Facebook.
“Ada ramai mangsa, termasuk pelajar universiti, bukan pelajar universiti dan orang lain.”
Pensyarah itu didakwa membuat komen tidak wajar mengenai badan dan penampilan pelajar yang membuatkan mereka tidak selesa.

“Awak semakin seksi”, “b***** cantik”, “pakai baju lebih pendek” dan “Tak pakai seluar dalam hari ini? Boleh nampak dengan jelas” antara komen didakwa dikeluarkan pensyarah itu.
Seorang pegawai universiti berkata, mereka tahu mengenai dakwaan gangguan itu dan sedang menyiasatnya.
Beliau tidak mahu dikenali itu berkata, mereka tidak dapat menentukan kesahihan dakwaan itu buat masa ini.