Bayi maut, 3 kanak-kanak parah disyaki dikelar ibu kandung

Bayi maut, 3 kanak-kanak parah disyaki dikelar ibu kandung

Suspek yang dipercayai mengalami gejala kemurungan itu cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri.

Polis mengiringi suspek ke bot untuk dipindahkan dari Pulau Mantanani ke hospital.
KOTA BELUD:
Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan maut, manakala 3 kanak-kanak lain cedera parah dipercayai dikelar ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani, petang tadi.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jerry terbunuh dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari di kuarters sebuah resort di pulau itu, manakala Jehan, 5, Melati, 7, serta Nurul Hanisa, 8, yang cedera parah dihantar hospital di Kota Belud untuk menerima rawatan.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan 30-an disyaki cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri, dan beliau yang ditahan polis kini dirawat di hospital.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh bapa mangsa berumur 54 tahun dan ia dipercayai berpunca daripada gejala kemurungan dialami suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.