
Katanya, pada tahun ini sahaja sebanyak RM1,688 juta dibayar untuk kadar faedah hutang 1MDB.
“Ini bukanlah satu jumlah yang kecil dan urusan 1MDB sahaja kita sudah bayar RM1,688 juta tahun ini.
“Itulah harga yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu Lim memberitahu, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan September hingga November ini.
Mengulas lanjut, Lim berkata kerajaan akan membayar baki kadar faedah hutang itu secara ansuran sebanyak 2 kali sebelum berakhir tahun ini.
“Pada 11 November ini kita akan bayar sebanyak AS$42.413 bersamaan RM217.51 juta. Kedua, bayaran sebanyak RM153.5 juta perlu dijelaskan pada tahun ini.
“Apa yang rakyat Malaysia dapat (daripada hutang 1MDB)? Kita hanya dikenali sebagai jaguh kleptokrasi dunia,” katanya.